Thursday, July 23, 2009

Tetamu Malam

Emm, takut x tengok tajuk?hehe, saje je wat gempak. Semalam usai menunaikan solat maghrib, aku bergegas bersiap utk ke kelas tusyen (bih kurang 5-10 min perjlnn dr umah aku if memandu kete). Dlm perjlnn ke pusat tusyen, telefon aku berdering. Tergapai-gapai tgn aku mencari hset. Firdaus, rakan setugas aku yg cal. Minta tumpangkan adiknya bermalam di rumah aku. Yelah, kami semua ni bujang2 belaka, bila ada adik beradik yg berlainan jantina dtg, terpaksala minta tlg kwn2. Itula gunanya kwn kan...Bukankah junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda "sebaik2 manusia adalah yang memberi manfaat kepada yang lain"..Lalu aku dgn senang hati memberikan persetujuan apatahlagi memang dah beberapa hari aku bersendirian kat umah, at least adala membe tido mlm mlm ni. (mlm smlm la maksdnya). Dgn memberitahu yg aku akan hanya berada di rumah selepas pukul 10 pm, kami menamatkan perbualan.

Sebaik habis mengajar, aku lekas2 pulang ke rumah. Kemas sikit2 pe yg patut. Selesai saja aku menunaikan solat Isyak, adik firdaus sampai ke rumahku. "Wah, comel & cantik adik mamat ni", getus hati kecilku. Adat manusia kan, fizikal yang dipandang dulu, itu akui. Memandangkan dia sampai pun dah agak lewat, jd x bnyk yg di'sembang'kan. Aku pun kesian tengok dia. Memandangkan aku ada sedikit 'tugasan' yg perlu diselesaikan, aku biarkan dia 'beradu' dulu. Pukul 1.00 pg br aku merebahkan diri...

Pagi td, selesai melunaskan tgjwb seorang hamba kepada Al-Khaliqnya, aku terus ke dapur. Maklumlah ada tamu kan. Tp aku x terasa terpaksa pun. Memang aku niat nak sediakan sesuatu, wpun secawan air. Lg plak rasullullah S.A.W da anjurkan kite supaya muliakan tetamu kan. Kebetulan si nana (baru taaruf time minum...he ape la aku ni...) pun da siap awal, nak ke KL katanya. Semasa minum tu, mcm2 yang dibualkan. Yelah, nana baru di thn 3 pengajiannya. Aku titipkan sedikit nasihat seadanya, berasaskan pengalaman yg ada sedikit. Bukan nk tunjuk pandai, it juz a matter of aku pernah melalui zamannya suatu ms dlu..Erm, terasa tua lak. Perbualan kami lebih berkisar pada akademik.

Perbualan kami terhenti dengan kehadiran firdaus. Aku menghantarnya ke muka pintu. Sebelum berlalu, nana bersalaman dgnku dan mengucapkan terima kasih padaku dgn sebuah senyuman yg cukup manis. Aku membalas senyumannya dan menjawab "xde pe2 la, x susah pun..", biasala org melayu kan, berbasa basi...hehe. Tp memg dia lansung x membebankan aku, malah menemani aku. Bukan kah tetamu itu dtg membawa 1000 rahmat dan pulang dengan membawa bersama mereka dosa2 kecil kita? Apalagi yg aku harapkan...Alhamdulillah, terima kasih Nana...

Selepas menghantar nana, aku kembali ke dapur. Menyambung kerja memasakku. Aku bercadang nak sediakan bihun goreng utk nana td, tp dia nampak agak 'rushing' dan memberi alasan jarang bersarapan. Malu agaknya...Mata dah mengantuk, tp dah alang2 brg dah disiapkan, aku teruskan niat menggoreng bihun. Pas bersarapan, mata kian mengantuk (biasala...pas makan...hehe), tp utk mengelakkan tdo slps mkn, aku membuka 'sahabat' setia ku. Bleh la jugak update blog ku hr ni...

Menulis ni sbnrnya wpun nampak kecil usahanya, tp besar impaknya. Tak kisahla pd si penulis ataupun yg membaca. Menulis bo menyebar ideologi dan mampu juga membakar semangat patriotisme. Dan yang penting dakwah juga boleh dilaksana dengan menulis... (Alhamdulillah bnyk blog yang dipelopori oleh ust2 ataupun bukan ust atas tujuan dakwah)

...semoga kita semua beroleh manfaat...INSYAALLAH...

" Jihad seorang penulis dengan penanya di jalan Allah tidak kalah nilainya dengan jihad seorang tentera dengan pedangnya di jalan Allah. Mari terus menulis dan berkarya " (Habiburrahman El-Shirazy)

0 comments:

Post a Comment