" Hai orang2 beriman, di wajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas org2 sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa " (Surah Al-Baqarah :183)
Dalam beberapa hari lg seluruh umat Islam akan menyambut kehadiran bulan penuh barakah, iaitu Ramadhan Al-Mubarak, semestinya sebuah bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Sejajar dengan sifat Ramadhan itu sendiri yang mana di awalnya rahmah, di pertengahannya maghfirah (keampunan) dan di akhirnya kelepasan dari azab api neraka, insyaAllah.
Namun, realitinya sejauh manakah Ramadhan benar2 memberikan barakah kepada kita? Terserahlah kepada amalan2 kita sendiri yg menjadi kayu pengukur nilai rahmah dan barakah nya Ramadhan kita tahun ini.
Polish
Kebiasaannya umat Islam menanti2kan bulan mulia ini untuk mem'polish' amalan masing2. Dengan tadarusnya, terawih, witir dan qiamullail. Malah tidak kurang juga yang menjadikan bulan ini sebagai bulan untuk memperbanyakkan sedekah. Bagi pihak organisasi pula, tidak akan melepaskan peluang ini untuk menganjurkan iftar yang sudah semestinya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Alhamdulillah semoga amalan2 yg dilaksanakan dan diperhebatkan sepanjang Ramadhan ini mendapat pandangan dariNya.
Cuma kadang2, amalan-amalan keagamaan ini menjadi ritual biasa kita sahaja. Contohnya, apabila masuk Ramadhan, kita akan ke surau atau masjid untuk mengerjakan solat terawih dan witir secara berjemaah. Sedangkan dalam masa yang sama, kita masih melewat2kan solat yang fardhu. Ini kerana, kita menganggap yang terawih itulah Ramadhan kita yang sebenarnya. Kita merasa yang Ramadhan kita telah cukup sempurna dengan terawih. Amat malang sekali jika persepsi ini terus dipegang dan mengakibatkan kita tersalah meletak priority dlm mengejar pahala Ramadhan. Memang benar terawih itu sunat yang dituntut, hanya jgn kita terlupa tujuan sebenar kita berada di bulan yang mulia ini bukanlah semata2 itu.
Amalan Mencari Keredhaan Allah
Tanyalah pada diri kita, apa yang kita cuba cari dalam bulan yang mulia ini? Allah telah menyediakan satu bulan untuk kita mendekatkan diri padanya. Allah membuka ruang dan peluang untuk kita sama2 mencari keredhaan dan keampunan daripadaNya. Beramallah sebanyak manapun, tapi letaklah niat yang betul dalam amalan kita iaitu semata-mata mencari keredhaan yang maha Esa, bukan kerana ber'diet' utk kelihatan cantik di pagi raya, bukan kerana ikut2 kawan dan bukan kerana kebiasaan. Nabi kita yang tercinta Muhammad S.A.W bersabda " berapa ramai umatku yang berpuasa, tapi hanya mendapat lapar dan dahaga". Na'udzubillah...
Dalam kita berpuasa juga, banyak perkara yang perlu dijaga agar puasa kita tidak sia2. Sebagai contoh, dari segi perbuatan dan perkataan kita. Elakkanlah dari berkata2 yang buruk dan menyakitkan hati org lain, apatahlagi mengumpat dan mencaci sesama manusia. Sehinggakan Rasullullah mengajar kita, sekiranya ada yang mengajak kita berdebat atau bertikam lidah, katakanlah kepada mereka "sesungguhnya aku berpuasa". Begitu sekali rasullullah menunjukkan kepada kita peri pentingnya adab semasa berpuasa.
Mujahadah Di Bulan Ramadhan
Sesungguhnya tidak dinafikan, bulan mubarak ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Baik cabaran untuk melaksanakan ibadah puasa itu sendiri, mahupun dalam menjaga nilai puasa kita. Maklumlah, sekiranya di bulan2 lain, kita bebas untuk makan dan minum, tp di bulan ini kita mungkin di landa kelaparan dan kehausan di siang hari yang akan mengakibatkan kita melepek sepanjang hari di tempat kerja sehingga ada yg tidak mampu melaksanakan tugas harian sebaik hari biasa.
Di sinilah perlunya kita bermujahadah. Jadikan puasa kita kali ini, puasa yang bermutu. Usahakan agar produktiviti kita pada bulan Ramadhan ini setara dengan bulan2 lain ataupun bertambah baik lagi dengan niat untuk mengelakkan fitnah kepada agama kita yang mengatakan ibadah puasa ini boleh melemahkan umat Islam. Ini boleh dilaksanakan dengan memastikan kita kekal sihat dan bertenaga sepanjang Ramadhan. Iaitu antaranya dengan mengamalkan sunnah2 seperti berbuka di awal waktu, bersahur di akhir waktunya serta berbuka dan bersahur dengan buah kurma yg mana kita tau dpt memberikan tenaga kepada kita.
Di samping itu, kita juga perlu bermujahadah untuk melaksanakan amalan2 sunat yang lain seperti bangun malam, mengaji, terawih dan sebagainya yang semuanya memerlukan masa dan kekuatan daripada kita.
Setahun Sekali
Walau apa pun, berusahalah kita dengan sebenar2 usaha untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelum2 ini seandainya kita diberi peluang lagi oleh Allah Ta'ala untuk melaksanakan rukun Islam yang keempat ini lagi pada tahun ini. Ingatlah kedatangan Ramadhan ini, hanya sekali dalam setahun, andai ini Ramadhan terakhir kita, sekurang2nya kita dah cuba untuk melaksanakan yang terbaik. Apa yang penting, gunakan peluang ini sebaik2 nya untuk kita mendekatkan diri kepada pencipta kita yang sentiasa memberikan nikmat kepada kita, insyaAllah. Sabda Rasullullah SAW " 2 kegembiraan orang yang berpuasa ; semasa berbuka dan semasa bertemu Allah ". Semoga kita tergolong dlm golongan yang mendapat nikmat, insyaAllah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
0 comments:
Post a Comment