Hari ni 05 sept 2009, bersamaan dengan 15 ramadhan. Maknanya, lagi 15 hari lagi kita akan meninggalkan bulan yg mulia ini...ataupun dalam erti kata lain kita tinggal 15 hari je lg untuk mengaut segala keuntungan yang Allah janjikan di bulan yang Allah himpunkan rahmat dan ampunannya kepada kita, hambaNYA. Bagi sesetengah wanita pula mungkin x sampai pun 15 hari lagi...
Kalau dikaji balik perjalanan Ramadhan aku setakat 15 hari ni, masih banyak kurang dan lompongnya. Terasa amal yang dipersembahkan terlalu kerdil dibandingkan dengan tawaran yang Allah telah berikan. Walaupun dah dijanjikan dengan pelbagai nikmat daripada Allah, ternyata masih lagi tak mampu nak melawan tuntutan jasmani yang selalu memberi signal 'letih'. Mungkin faktor kerja boleh dijadikan 'excuse' yang cukup baik untuk membuang rasa bersalah, namun apa pun alasannya, xkan dapat menggantikan kerugian terhadap masa2 yang terbuang yang tidak dimanfaatkan sebaiknya di bulan mulia ini...
Apapun masa 15 hari yang ada berbaki ini, aku harap kita semua dapat sama2 pergunakan dengan sebaiknya untuk menambah amal di bulan yang mulia ini bagi menggapai redha Allah S.W.T, insyaAllah, sama2 lah kita berusaha...
Hadis nabi S.A.W " tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan orang yang dizalimi. " Riwayat At-Tirmizi
0 comments:
Post a Comment