Tuesday, October 20, 2009

hari yg runsing...

Dah lame x menulis dlm blog aku nih. Tiba2 terdetik pulak nk bukak dan mencatat sesuatu hr ni. Actually hr ni mainly kesibukan aku pada menanda kertas2 student dan jugak melengkapkan fail kerja aku since mgu depan aku ada double audit (internal&external). Biasalah time2 mcm ni seme staf akan tensen dan aku x terkecuali. Time2 mcm nih jugakla akan ada yg terkena 'tempias' ketensenan tuw. Maklumlah bila tensen, temperature mudah naik n sabar pun berkurangan tanpa diminta...Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini...

Pagi tadi kul 8 aku ada kelas teori ngan stdnt sem 1. Aku x pasti la nape budak2 ni hyper sgt hr nih. Bising x tentu pasal. Aku terjerit2 bercakap kat depan. Kdg2 aku marah diorg, senyap la sekejap. Lastly aku wat dek je, kepenatan...

Kul 11 smbg kelas teori sem 4 pulak. Aku sampai kat kelas, dak2 stil kat luar g. Kelas kitorg ada budak lg. Aku pun x phm tak lecturer yg selalu kuar lambat ni. Kdg2 mcm pentgkan dr ( x baik buruk sangka ). Kelas aku da la sejam, utk tgu je da buang 5-10 min. Aduh tensen. Talipon technician aku, tny kelas kosong coz aku nk wat kelas ganti hr jumaat. Ada la tertgi sore sikit, nasibla dia member. Hrp dia phm la keadaan aku time tu. Aku x dpt mengajar pun, LCD xleh pakai. Sempat bg kuiz je. 11.45 kitorg da kua.

Before lunch, aku dpt msej dr mahir, anak Penasihat Akademik aku (cam menti la kire),
nk drop subjek tamadun Islam. Alasan dia lecturer subjek tu da mark dia. Mslhnya lg sebulan nak final. Tak ke pening kepala. Aku pujuk2 sambil2 bebel sekali (besela pempuan..hihi). Mahir ni susah sikit, dia mcm mudah tersentuh sikit. Sbb tu aku mls nk ckp bnyk ngan dia. Lgpun muka dia mengingatkan aku pd seseorg. Sbb tu sebolehnya aku xnak ckp lame2sgt ngan dia.

Petang aku sambung menanda paper. Bnyk lg...Tetiba member aku bwk students dia sikit punya ramai masuk unit aku. Tau je la budak klu da ramai, da mcm pasar dah unit aku tuw. Emm, nk senyum pun da x mampu time tuw. Sampai dekat2 kul 5 baru diorg balik. Emm, ikut hati rs nak marah, tp bnyk hati yg nak dijaga, Alhamdulillah, x kuar pe2 dr mulut aku ni. Tp muka x berapa 'manis' la sgt. Huhu.

Ptg td, aku dpt mslh len pulak. Yg buat aku rasa cam menekan urat saraf fikiran aku dan akan buat aku xleh tdo mlm ni (hrp2 xlah). Ya Allah berikanlah aku kekuatan. Hanyalah kepadaMu aku mohon dan berharap Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah sebaik2 penolong.

"Hasbiy Allah wa ni'mal wakil"

0 comments:

Post a Comment