Sunday, March 20, 2011

kisah mid sem

Hari ni, aku telah berjaya menamatkan satu paper mid sem dengan tak berapa nak jaya sangat...huhuhu...sebenarnya aku agak terkilan, sebab aku rasa persediaan yang dah dibuat tu, dah macam cukup apatahlagi soalan2 yg diberikan semua ala2 dalam kelas..ada la adjust here and there ckit2...tp bila discus balik dengan kak zery (sahabat baik) yg juga sesama amik paper tu ngan aku, sebenarnya kitorg boleh buat soalan yg diberi tu, just kitorg terlalu terlalu tertakluk sgt pada buku, tak cuba nak open mind & think out of box...sebab tu, bila dapat soalan tricky sikit, kitorg gelabah..lg satu paper ni banyak sgt calculation dia..pergh, memang penat and tak larat...hrmmm, nasiblah ni midsem ajer, at least boleh dijadikan sempadan untuk final nanti (hopefully la;p)...

Anyway, tu cerita pasal test...tu baru satu, banyak lagi nak kena jawab test ni...cycle dia, study, jawab test, takleh jawab, sedih, menyesal, pastu ulang benda yg sama sampai abis sem..hehe...tak abis2...gitulah hidup ni...berulang-ulang melakukan benda yang sama...sampai lah akhir hayat...selain kerja & study, apa lagi yang boleh kita fikirkan untuk dilakukan???sampai bila agaknya hidup aku camni kan? sedangkan masa makin mengejar, usia makin bertambah...entahlah..adakah aku terlalu mengejar dunia? adakah aku terlalu panjang angan2? Sebenarnya aku just nak mengisi masa lapang, daripada hilang dan terbuang..yelah, sekarang ni rasa masa tu terisi je, x pernah ada sangat masa lapang..cuma dalam meniti masa ni, kadang2 kite (aku la tu) tergelincir daripada misi sebenar aku diciptakan ke bumi Allah ni iaitu untuk beribadah kepadaNya...tp belajar dan kerja itu juga satu ibadah, cuma niat kita tu bagaimana? sebenarnya aku pernah terbaca yang Allah menyukai hambaNya yang melakukan kerja dengan terbaik...so, mungkin tak salah kita kerja bersungguh-sungguh, tapi jangan sampai mengabaikan yang utama..letakkan utama dari yang utama....

0 comments:

Post a Comment